Nadi Insan

Majalah Nadi Insan telah diterbitkan di Selangor dari tahun 1979 hingga 1983 oleh Institut Analisa Sosial (INSAN). Majalah bulanan ini menganalisa dan mempersembahkan isu-isu sosial dan politik dalam dan luar negeri dari pelbagai sudut berbeza dalam bahasa kebangsaan bagi menggalakkan perbincangan umum mengenai isu-isu kemasyarakatan. Antara sidang penyunting majalah Nadi Insan ialah Dr. Jomo K.S., Rohana Ariffin, Mohd. Daud, C. Ng, dan Dr. Mohd Nasir Hashim (Ketua Pengarang).