Hari Ini Dalam Sejarah Rakyat

21 September 1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, aktivis-aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah mengambil-alih kampus universiti daripada pentadbiran UM. Rampasan kuasa ini bertahan selama satu hari. Akhbar Berita Harian melaporkan: “Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya petang ini mengambilalih pentadbiran dan kampus Universiti Malaya. Tindakan itu diambil bagi meminta Kerajaan membebaskan dua orang...
Read More

12 September 1947

Pada hari ini dalam tahun 1947, “Malayan Teachers’ Union”, sebuah kesatuan sekerja peringkat kebangsaan untuk cikgu-cikgu sekolah di Malaya dan Singapura telah ditubuhkan. Pada 12 September 1947 di Kuala Lumpur, guru-guru di seluruh Malaya dan Singapura telah bersatu untuk menubuhkan “Malayan Teachers’ Union”. Dalam majlis penubuhan union itu, wakil dari...
Read More

11 Ogos 1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, lebih 1,000 orang “amah” (pembantu rumah / pekerja domestik) telah berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur dalam sebuah perarakan protes untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja. Pekerja-pekerja domestik dari seluruh Malaya yang menjalankan protes ini bekerja untuk keluarga-keluarga anggota tentera penjajah British yang masih...
Read More

10 Ogos 1947

Pada hari ini dalam tahun 1947, persidangan delegasi PUTERA-AMCJA telah sebulat suara meluluskan sebuah Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perlembagaan Federation of Malaya ciptaan penjajah British bersama UMNO. Perlembagaan ini dicipta untuk sebuah negara Malaya yang merdeka dan berkerajaan sendiri. Bagi meraikan perlembagaan ini, tarikh 10 Ogos telah dipersetujui secara...
Read More

6 Ogos 1950

Hari ini dalam tahun 1950, bertempat di 24-H, Henderson Road, Singapura, seramai 19 orang penulis muda telah mencapai kata sepakat menubuhkan sebuah badan sastera yang dinamakan ASAS 50 (Angkatan Sasterawan 1950). Antara faktor yang melahirkan ASAS 50 ialah keadaan masyarakat dalam dan luar negeri yang bergolak menentang penjajahan, penindasan dan...
Read More

23 Julai 1948

Hari ini dalam tahun 1948, Kerajaan penjajah British telah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Malaya dan Singapura. PKM telah diharamkan sebulan selepas penjajah mengisytiharkan undang-undang darurat di seluruh Malaya. Tetapi PKM bukanlah parti politik pertama yang telah diharamkan oleh penjajah. Tahukah kamu, setahun sebelum pengisytiharan darurat, Angkatan Pemuda Insaf...
Read More

22 Julai 1963

Hari ini dalam tahun 1963, Gabenor penjajah British di Sarawak, Sir Alexander Waddell telah melantik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama, selepas parti beliau, Parti Perikatan Sarawak telah memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak yang pertama pada 24 Jun 1963. Pada tarikh yang sama, 22 Julai 1963, Gabenor penjajah...
Read More

1 Julai 1948

Pada hari ini dalam tahun 1948, Ketua API (Angkatan Pemuda Insaf), Ahmad Boestamam telah ditangkap oleh penjajah British di bawah Undang-undang Darurat. Beliau telah ditangkap di kampungnya di Perak, 13 hari selepas penjajah British mengisytiharkan darurat di seluruh Malaya. Beliau telah dipenjara selama 7 tahun sebelum dibebaskan pada 28 Jun...
Read More

27 Jun 1950

Pada hari ini dalam tahun 1950, telah tertubuhnya sebuah badan perjuangan bernama Kesatuan Malaya Merdeka yang bergerak di Indonesia. Badan ini telah ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob untuk menyambung perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang terpaksa dibubarkan pada bulan Mei 1950 akibat Undang-undang Darurat. Sebelum perang, Ibrahim Yaakob merupakan salah...
Read More

18 Jun 1948

Pada hari ini dalam tahun 1948, Pesuruhjaya Tinggi penjajah British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan “Darurat” di seluruh Malaya. “Darurat” ini telah berlarutan selama 12 tahun. “Undang-undang Darurat” yang diumumkan telah memberi kuasa kepada polis dan tentera penjajah untuk menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara selama 2...
Read More

28 Mei 1954

Pada hari ini dalam tahun 1954, seramai 8 orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah ditangkap oleh polis di bawah Ordinan Hasutan (kini Akta Hasutan) di atas perintah kerajaan penjajah British. Pada jam 5 pagi tanggal 28 Mei 1954, lapan orang aktivis mahasiswa UM kampus Singapura telah ditangkap oleh polis dari...
Read More

27 Mei 1966

Pada hari ini dalam tahun 1966, sekumpulan mahasiswa di Universiti Malaya (UM) telah mengasaskan Sudut Pidato (Speakers’ Corner) di dalam kampus UM di Kuala Lumpur. Sudut Pidato yang asal terletak di luar pintu belakang perpustakaan UM sekarang. Setahun kemudian, sebuah podium konkrit telah dibina oleh mahasiswa di atas tapak Sudut...
Read More

21 Mei 1949

Pada hari ini dalam tahun 1949, sebuah pasukan tentera gerila Melayu anti-British telah didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang. Pasukan bersenjata khas Melayu ini telah dirasmikan sebagai Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). TPNM telah didirikan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh Malaya...
Read More

20 Mei 1972

Pada hari ini dalam tahun 1972, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan persetujuan mereka terhadap tuntutan gerakan pekerja untuk menjadikan tarikh 1 Mei sebagai Hari Pekerja dan hari kelepasan am di seluruh Malaysia. Pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro...
Read More

1 Mei 1973

Pada hari ini dalam tahun 1973, kaum pekerja Malaysia buat pertama kali merayakan Hari Pekerja sebagai hari kelepasan am di seluruh Malaysia, hasil dari perjuangan kaum pekerja. Walaupun Hari Pekerja pada 1 Mei sudah mula disambut di Malaya sejak tahun 1921, hanya pada tahun 1973 tuntutan kaum pekerja untuk tarikh...
Read More

29 April 1915

Pada hari ini dalam tahun 1915, telah tercetusnya “Perang Tok Janggut” melawan penjajah British di Kelantan. Selepas Penjanjian British-Siam pada tahun 1909, pentadbiran negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis telah diserahkan kepada penjajah British yang mula menguatkuasakan undang-undang tanah dan mengenakan cukai-cukai yang berat ke atas penduduk negeri Kelantan. Penduduk...
Read More

13 Mac 1947

Pada hari ini dalam tahun 1947, seorang pejuang kemerdekaan telah ditangkap dan ditahan oleh polis dan Special Branch Kerajaan Penjajah British di bawah Ordinan Hasutan atas tuduhan menghasut. Ordinan Hasutan (Sedition Ordinance) mula diperkenalkan oleh Kerajaan Kolonial British pada tahun 1938 sebagai salah satu cara untuk mereka membendung penentangan rakyat...
Read More

2 Mac 1950

Pada hari ini dalam tahun 1950, seorang pejuang kemerdekaan berusia 17 tahun telah dihukum gantung sampai mati oleh kerajaan penjajah British. Rosli Dhoby merupakan seorang anak muda keturunan Melanau yang berasal dari Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau merupakan seorang anggota Rukun 13, sebuah pergerakan pemuda anti-penjajah yang berpusat di Sibu...
Read More

22 Februari 1947

Pada hari ini dalam tahun 1947, telah berlangsung sebuah persidangan besar pertubuhan-pertubuhan politik kiri Melayu di Kuala Lumpur bertempat di Ibu Pejabat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) di Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman). Lebih dari 100 pertubuhan-pertubuhan politik dan persatuan-persatuan dari seluruh Malaya dan Singapura telah menghantar wakil...
Read More

2 Februari 1963

Hari ini dalam tahun 1963, lebih 100 orang aktivis kiri, aktivis kesatuan buruh dan pemimpin politik pembangkang telah ditahan dalam operasi besar-besaran yang dinamakan “Operation Coldstore”. Operation Cold Store telah dilancarkan mulai 2 Februari 1963 oleh Kerajaan Kolonial British dengan persetujuan dari Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman. Sejumlah...
Read More